Wednesday, November 12, 2008

penyampaian slip peperiksaan upsr




hari ini,keputusan peperiksaan upsr yang kutunggu selama ini telah pun tiba.sebelum penyampaian itu berjalan,murid-murid tahun 6 semua diminta mengangkat kerusi dan menyusunnya di lobi sekolah kami.and then kami semua duduk di atas kerusi yang telah kami susun di lobi.kami semua menunggu dengan rasa gementar,ada yang menangis kerana takut.setelah beberapa minit kemudian,guru-guru kami duduk di atas kerusi yang telah disediakan.mereka memanggil seorang murid demi seorang murid.setelah lama saya menunggu nama saya dipanggil,akhirnya nama dipanggil juga.saya pergi ke hadapan guru itu untuk mengambil keputusan itu.kemudian saya pergi ke tempat duduk.and then barulah saya melihat keputusan saya.saya mendapat keputusan yang agak cemerlang iaitu sebanyak (3a 2b).kemudian saya dan kawan-kawan saya pergi ke arah guru-guru yang berdekatan.setelah beberapa minit kemudian ,emak saya datang untuk mengetahui keputusan upsr saya.















Tuesday, November 11, 2008

Sambutan Hari kanak - kanak



hari ini ada sambutan hari kanak-kanak di sekolah saya.best tau!!!!!!!!

macam macam acara yang diadakan semasa sambutan itu dengan berjalan .sambutan itu bermula dengan acara sukaneka antara kelas dan rumah sukan.rumah sukan saya iaitu hijau telah memenangi tempat pertama dalam acara(cinta teh ais).kelas saya juga iaitu 6gemilang telah memenangi acara tersebut pada tempat ketiga. selepas itu kami dikumpulkan di lobi sekolah kami.kami dijamukan dengan makan nasi lemak dan air sirap.kami makan pada waktu rehat.selepas rehat pertandingan karaoke dijalankan.and then persenbahan tarian india dipersembahkan oleh murid tahun 5 dan tahun 6.kemudian acara penyampaian hadiah kepada tokoh kanak-kanak iaitu siti sarah.

itu sajalah daripada saya muhammad afiq. kalau ada masa saya tulis lagi.

assamekum

Monday, November 10, 2008

kenali saya

saya muhammad afiq bin amran.saya dilahirkan pada 21.8.96 dan saya dilahirkan di hospital besar ipoh.saya mempunyai empat orang adik.saya adalah anak sulung dalam keluarga saya.saya bersekolah di sekolah kebangsaan bandar baru putera.

majlis perpisahan tahun 6

majlis ini bermula pada pukul 8 pagi.majlis itu disambut dengan meriah.majlis bermula dengan ucapan wakil muridyang bernama izzati.majlis ini diteruskan ucapan guru besar.selepas itu,gurindam disampaikan oleh cikgu rabihah dan diteruskan dengan persembahan koir.koir itu dipersembahkan oleh kelas saya iaitu 6 gemilang.majlis ini diakhiri dengan jamuan makan.

Parking 2